PENGENALAN 5S


Perkembangan globalisasi dan liberisasi ekonomi dunia menuntut setiap Negara dan warganya berubah mengikut kehendak pasaran dan tuntutan pelanggan. Organisasi tidak mempunyai pilihan selain memperbaiki proses dan sistem
penyampaian (delivery system) dengan mempertingkatkan kaedah dan pendekatan yang digunakan.

Amalan 5S merupakan salah satu daripada inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha untuk menerapkan budaya penambahbaikan di kalangan warga ICU JPM. Amalan 5S merujuk kepada singkatan perkataan dalam bahasa Jepun iaitu iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam), dan Shitsuke (Sentiasa Amal). Amalan 5S ini dapat memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 ICU JPM dan Total Qualiti Management yang lain.


No comments: